Cara untuk membuat Agar-agar Tembikai Susu sedap dan segar. Baunya saja dah sangat menggoda!


Cara untuk membuat Agar-agar Tembikai Susu sedap dan segar. Baunya saja dah sangat menggoda! Lapar-lapar ni nanti berbuka sedap kalau makan agar-agar sejukkan. Segar je rasa tekak. Jom buat agar-agar Tembikai Susu. Anak-anak mesti suka.

Terima kasih kepada Puan Rosmirah Yussof. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket agar-agar tali.
  • 1 tin Susu Krimer Manis perisa Tembikai Susu.
  • 1 senduk rata gula pasir. Boleh kurangkan kalau tak suka manis dan lebihkan jika suka.
  • 1.2 liter air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan. Basuh dan toskan agar-agar. Bila air dah mendidih masukkan agar-agar ke dalam periuk.
  2. Kacau sampai agar-agar sampai sebati. Kemudian, Masukkan gula.
  3. Masukkan 1 tin Susu Krimer Manis Perisa Tembikai Susu. Kacau selalu jangan sampai hangus. Gunakan Api yang perlahan. Bila agar-agar dah licin dan tak nampak berketul padamkan api.
  4. Sediakan mangkuk acuan atau loyang. Tuang ke dalam acuan. Biarkan sejuk baru masukkan dalam peti ais.
  5. Bila dah keras keluarkan dari peti ais. Renggangkan tepi acuan dengan melenturkan tepi acuan. Boleh juga guna spatula atau pisau. Lalukan bahagian tepi dengan hati-hati supaya agar-agar tidak rosak bentuknya.
  6. Sediakan dulang atau pinggan. Tutup acuan dan terbalikkan. Angkat perlahan-perlahan acuan untuk keluarkan agar-agar. Boleh dipotong ikut citarasa masing-masing.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Marble Pisang. Gebu dan lembut, cair dalam mulut anda pada suapan pertama!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.