Tergoda selera bila tengok gambar. Pasti Spaghetti Aglio Olio akan lebih sedap dengan resepi ini.

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Spaghetti Aglio Olio yang mudah dan senang untuk disediakan. Boleh la sarapan pagi nanti kita cuba resepi ini ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Spaghetti secukupnya dan direbus dahulu.
  • Udang, Sotong, Kepah dan Lala atau apa sahaja yang anda suka ikut citarasa.
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk.
  • 5 tangkai cili kering dipotong kecil.
  • Serbuk pati ayam.
  • Serbuk blackpeper.
  • Parsley.
  • Parmesan cheese.
  • Olive oil (jika tak ada guna minyak masak biasa macam saya je).
Baca juga :  Menu ni menu bermusim namun tidak lagi dengan resepi ini. Jom cuba Ayam Percik Kuah Lemak yang padu ni!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan lada kering. Tumis sekejap sampai naik bau.
  2. Masukkan seafood, serbuk blackpeper, pati ayam dan masak sekejap hingga seafood masak dan bahan sebati.
  3. Kemudian masukkan spaghetti, parmesan cheese dan parsley. Gaul sebati biar secukup rasa. Kalau tawar boleh tambah garam atau gula sedikit.
  4. Sedia untuk dihidangkan dan tabur sekali lagi parmesan cheese serta chili flakes.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.