Cara untuk membuat Sos Pencicah Keropok. Enak dan sesuai sebagai sos pencolek serbaguna!

Rakyat jelata Ganu cukup arif dengan sos yang 1 ni. All in one. Boleh cicah dengan keropok lekor, keropok keping, cekodok, dan macam-macam lagi. Jom kita cuba cara yang telah dikongsikan oleh Puan Siti Noor Hidayah Samah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250 gram gula.
  • 150 gram cili boh (saya guna cap kura).
  • ½ cawan cuka (saya guna cap Yakin).
  • 1 cawan air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sebatikan gula, cili boh,dan cuka dalam periuk. Kacau-kacau sekejap bagi gula hancur. Pastu bukak api slow je dan kacau-kacau dalam 5 hingga 6 minit.
  2. Kemudian masukkan air dan masak lagi dalam 10 hingga 15 minit. Di ingatkan sekali lagi api slow je. Pulas dapur sampai api paling kecik. Janji tak mati api je.
  3. Saya buat ni dapat 400 ml. Simpan dalam peti sebab kita tak bubuh bahan pengawet takut kalau simpan di luar masam pulak dan tak tahan lama.
Baca juga :  Cara untuk membuat Agar-agar susu kotak. Mudah dan enak serta penyejuk tekak yang sangat padu!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.