Cara sebenar untuk membuat Air Sirap yang paling sedap. Anda pasti terkejut dengan rasanya yang bertambah padu!


Dua tiga hari sebelum puasa saya akan masak sendiri KORDIAL SIRAP PANDAN. Wangi lagi sedap dari jual dalam botol yang kat supermarket tu. Jom kita tengok resepi dan cara saya buat. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg gula.
  • 10 helai daun pandan.
  • Sirap merah lion brand/ tamim.
  • 1/2 penutup botol perisa pisang.
  • 1 penutup botol esen rose.
  • Air secukupnya.

Cara-cara membuat kordial sirap:

  1. Masukkan gula kedalam periuk, bubuh air biar tinggi sikit dari paras gula. Daun pandan dikoyak-koyak dan simpul masukkan kedalam air gula tadi.
  2. Masak sampai air gula mendidih kemudian masukkan sirap merah dan dua jenis perisa.
  3. Masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  4. Sejukkan sebelum tuangkan dalam botol utuk disimpan. Time masak sirap ni best sangat. Satu rumah bau wangi.
Baca juga :  Cara buat Pati Lemon Madu. Cuma tambahkan air sahaja bila nak minum! Boleh rendahkan kolestrol anda kelak.

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.