Cara-cara untuk membuat Kulit Popia bersama resepi sosnya yang padu. Boleh la buat Popia Basah sendiri lepas ni!

Assalammualaikum sahabat semua. Alhamdulillah siap tempahan popia basah untuk hari ini. Ada peminat popia basah ke kat sini. Jom kita cuba resepi untuk membuat Kulit Popia ni oleh Puan Siti Mazdah Rasidi. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg tepung gandum.
  • 4 cawan setengah air biasa.
  • 1 sudu garam.
  • 2 sudu tepung ubi/sebiji putih telur.
  • 2 sudu makan cuka.
  • 6 sudu makan minyak masak.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bancuh semua bahan macam buat bancuhan cekodok. Pukul sampai elastik dan likat. Perapkan lebih kurang 2 jam atau lagi lama lagi cantik. Simpan dalam peti ais.
  2. Bila nak masak baru kita oleskan pada kuali nipis. Buat nipis-nipis je.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak.

Cara untuk membuat sos popia basah:

  1. Gunakan Cili kering mengikut kepedasan yang kita nak.
  2. Bawang besar, bawang putih, udang kering, cuka, taucu, garam dan gula.
  3. Kisarkan semua bahan diatas dan masak dengan api kecil sampai pekat. Masak lama lebih kurang 4 jam.

Maaf takde sukatan. Agak-agak nak banyak mana kita buat. Sos kena manis lebih baru ummmphh. Saya izinkan pada sesiapa yang nak share resepi ni. Semoga bermanfaat pada semua. Selamat mencuba. Praktis selalu nak buat kulit popia ni lama-lama Insha Allah menjadi.

Baca juga :  Resepi Sambal Ketuk. Menu Pembuka Selera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.