Cara untuk membuat Roti gulung Sardin. Menu untuk sarapan pagi anda sekeluarga. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Siti Noor Hidayah Samah. Selamat mencuba.
Bahan-bahan untuk Inti Sardin:
- 1 tin sardin. Saay ambil isi ikan sahaja dan hancurkan.
- 1 biji bawang besar dicincang halus.
- 3 sudu besar sos tomato.
- 2 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar mayonis.
- Garam dan Gula secukupnya.
Cara-cara membuat Inti Sardin:
- Tumis bawang hingga wangi. Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau sekejap.
- Masukkan ikan sardin dan kacau sebati. Perasakan dengan garam & gula.
- Masak hingga sedikit kering. Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
- Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas2. Ketepikan.
Bahan-bahan untuk Bancuhan Tepung Salut:
- 1 cawan tepung gandum.
- 2 sudu besar tepung jagung.
- 2 sudu besar tepung beras.
- 1/4 cawan tepung Bestari original. Kalau suka pedas guna yang spicy.
- 2 sudu besar marjerin.
- 2ΒΌ cawan air.
Cara untuk membuatnya:
- Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
- Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.
Tips tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali masa goreng. Cukup sekali balik je.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.