Cara untuk membuat Resepi Terung Sambal Cili Kering bercampur Udang. Menu tengahari anda yang padu!


Siapa yang tidak menggemari lauk macam ni? Dengan rasanya yang enak dan sayurnya yang lembut. Kali ni kite buat versi pedas. Udang juga memainkan peranan dalam masakkan nih. Manis-manis udang bersama cili kering memang sedap. 1 pinggan sahaja tak cukup untuk makan sorang bagi penggemar masakkan ini.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Terung 1 batang dibelah serong.
  • Udang saiz sederhana secukupnya.
  • Sos Tiram 1 sudu besar.
  • Sos ikan 1 sudu besar.
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil.
  • *Cili kering 10 batang direndam.
  • *Ikan bilis 1 sudu besar.
  • *Bawang putih 2 ulas.
  • *Bawang besar 1 biji.

Kisarkan bahan yang bertanda * Sebelum kisar buang biji cili kering, rebuskan kemudian basuh dan toskan.

Baca juga :  Kudapan ni pasti laku keras! Bebola Kentang Cheese. Penambat Selera yang enak untuk anda sekeluarga!

Cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian goreng terung sehingga sedikit keperangan dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika.
  4. Masukkan sos tiram, sos ikan dan serbuk perasa. Gaulkan.
  5. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati.
  6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.