Cara untuk membuat Nasi Goreng USA. Padu dan Enak dalam setiap suapan!

Bila datang mood tak berapa nak rajin. Benda ni je lah yang jadi. Nasi Goreng USA cara Aisyah Humaira. Nasi tambah lauk gaul semua sekali siap. Tak der kuah-kuah tak der sambal belacan, ulam, sayur. Sejenis je hari ni rasa nak extra pedas gigit lah cili tu, nak lauk cari je dalam nasi kuah tak der rasa tercekik minum ayor. Jom tengok resepi dan cuba tau!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi putih 4 cawan.
  • Isi ayam, udang, sotong secukupnya.
  • Sayur kangkung secukupnya.
  • Cili padi secukupnya diketuk dahulu.
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Mandy. Satu keluarga pasti menyukainya lebih-lebih lagi bulan Ramadhan.

Bahan tumis:

  • 2 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih dicincang.
  • 3 sudu besar cili kisar @ ciliboh.
  • 3 sudu besar sos cili SAJI Malaysia.
  • 4 sudu besar sos tiram.
  • Kicap manis secukupnya.
  • 1 kecil serbuk lada sulah.
  • 1 biji telur.
  • Garam, gula, Secukup rasa.

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis bawang-bawang hingga layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan telur biarkan hampir masak baru kacau rata.
  3. Masukkan bahan tumis yang berbaki satu persatu sambil kacau.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam, udang dan sotong kemudian gaul rata dan kecilkan api. Reneh sekejap hingga udang hampir masak.
  5. Masukkan nasi, kangkung dan kacau sebati. Seimbangkan rasa bila dah puas hati boleh tutup api dan siap untuk dijamah bersama keluarga.
Baca juga :  Bagi penggemar Pisang. Anda mesti cuba Resepi Sira Pisang ini. Terangkat beb!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.