Cara untuk membuat Rendang Daging Padang yang pasti memukau selera anda.

Seperti yang dijanjikan sebab ramai yang mintak untuk resepi RENDANG.  Hari Rabu dah mula masak untuk persiapan raya. Cara untuk membuat rempah saya dah update 2 Hari lepas. Boleh tengok untuk keterangan selebihnya. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah untuk resepi ini. Selamat mencuba. Resepi ini untuk 3 kilogram daging.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Daging 3 kg dipotong kecil dan dicuci bersih.
  • Santan Segar 3 kg.
  • Kerisik 3 sudu besar @ gonseng kelapa 6 sudu besar sebagai tambahan.
  • Serai 6 batang dikatok.
  • Daun limau purut 15 helai.
  • Daun salam 6 helai.
  • Daun kunyit 6 helai dibuang tulang tengah di potong besar.
  • Asam keping @ Asam kandis 3 keping.
  • Garam dan gula ikut citarasa anda.

Bahan kisar A:

  • Cili kering 50 batang.
  • Cili hidup 15-20 batang.
  • Bawang merah 60 biji.
  • Bawang putih 30 biji.
  • Lengkuas 2-3 jempol @ 2 sebesar ibu jari.
  • Halia 2-3 sebesar ibu jari.
  • Buah keras 15 biji.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Rendang Pucuk Ubi. Padu dan Awesome!

Bahan Kisar Rempah:

  • 3 batang kayu manis.
  • 3 kuntum Bunga lawang.
  • 9 Biji buah pelaga.
  • 6 kuntum Bunga cengkih.
  • 3 sudu besar biji ketumbar.
  • 3 sudu kecil jintan.
  • 3 sudu kecil lada hitam@lada putih(TAMBAHAN).
  • 3 biji nutmeg@buah pala.

Cara untuk membuat bahan kisar rempah:

Sangai dengan API KECIL kesemua bahan rempah tanpa minyak ( 3 minit ) dan KISAR sehingga halus tanpa menggunakan minyak dan air.

Cara-cara memasak:

  1. Cili kering harus direbus dahulu dan cuci bersih. KISARKAN cili kering, cili hidup, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan buah keras sehingga halus.
  2. Kemudian sediakan kuali@periuk untuk memasak rendang.
  3. Masukkan santan dan bahan yang dikisar tadi. Kemudian masukkan rempah yang sudah di kisar halus, serai, daun limau purut, daun kunyit dan kerisik@gongseng kerisik. Masak dengan API yang sederhana dan masakkan kesemuanya sehingga sedikit mendidih@meluap. Jangan sampai pecah minyak.
  4. Kemudian barulah masukkan daging yang telah dipotong.
  5. Masakkan sehingga kering dan menjadi berminyak dan rasanya akan meresap ke dalam daging. Perasakan dengan secukup rasa. Jika suka rasa manis dalam rendang tambahkan sedikit gula.
Baca juga :  Cara membuat Terung Bakar Air Asam

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.