Resepi untuk membuat Congo Bars. Mudah sangat untuk dibuat untuk keluarga!

Semalam teringin nak makan Congo Bars, selalu beli jer. Check bahan-bahan utama semua ada, apa lagi terus buat. Mudah sangat resepinya, takde mixer pun boleh buat. Takde oven, boleh masuk air fryer. Resepi dapat dari group ni gak. Cara-caranya boleh tengok kat setiap gambar. Resepi ini telah dikongsikan semula oleh  Nik Nur Amirah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 150 gm Butter.
  • 250 gm Gula perang.
  • ½ sudu teh Esen Vanilla.
  • 3 biji Telur.
  • 320 gm Tepung (Gandum/Self Raising).
  • 2 sudu kecik baking powder (kalau pakai tepung gandum).
  • 200 gm Coklat Chip/Coklat Bar.
  • 50 gm Almond flake.
Baca juga :  Menu ni kalau ada memang tak menolak punya. Jom cuba Daging Goreng Kunyit untuk makan malam ni!

Bahan Hiasan:

Coklat Chip dan Almond flake.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gula dan Butter mix sebati (gula saya kurangkan sikit, taknak manis). Nak guna mixer pun boleh, Saya kacau guna senduk je. Malas nak buka mixer.
  2. Masukkan telur sebiji, kacau sebati. Masuk telur kedua, kacau sebati dan yang ketiga, kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan secubit garam. Kalau tak suka bau vanilla, letak sikit jer. Untuk kurangkan bau hanyir telur.
  4. Lepas tu masuk tepung yang sudah ditapis/ayak. Saya guna tepung naik sendiri, tak payah letak baking powder.
  5. Masukkan coklat chip dan coklat bar (saya letak coklat coins). Kacau sebati kejap je, kalau lama nanti coklat tu hancur. Last masuk loyang, tabur coklat chip dan almond.
  6. Masa untuk bakar 150°c selama 45 minit. Ikut suhu oven masing-masing. Loyang 9×9. Tapi kat rumah takde loyang tu, saya guna 8×8 tebal la sikit congo bar. Suhu saya buat 160°c. Saya suka garing, so tambah masa lagi. Dah siap!
Baca juga :  Tengok gambar pun dah kecur dah ni. Jom la kita buat Ikan Kembung Rebus Air Asam ni cepat!

Almond pun garingg Krupkrakkk makan nanti. Makan sambil minum kopi panas. Syahdunyaaa! Selamat mencuba!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.