Nah pakat2 pi buat. Roti heaven nama diberi. Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Puan Nanny Emma Emma. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 8 keping roti Gardenia disusun 2 keping 2 keping dalam loyang yang dilapik baking paper. Letakkan sedikit butter macam dalam gambar.
- 8 biji telur.
- Semangkok kecil keju mozzarella.
- Semangkok kecil keju cheddar parut.
- Semangkuk kecil daging cincang ramly.
- Sebiji bawang besar didadu.
- 2 biji cili besar dihiris.
- Sedikit daun bawang dihiris.
- Sedikit aji shio black pepper.
Cara membuatnya:
- Campurkan kesemua bahan diatas dah kacaukan sehingga sebati.
- Kemudian bahan tadi dituangkan keatas roti yang telah disusun elok dalam loyang.
- Bakar dalam oven dengan suhu 200c api atas dan bawah selama 25 minit atau sampai garing.
- Bila dah siap, sesuai dimakan panas-panas bersama yang tersayang. Selamat mencuba semua.