Cara untuk membuat Kuih Popular Malaysia iaitu Tepung Gomak. Sedap sampai taknak berkongsi dengan yang lain.

Assalamualaikum dan Selamat Petang. Jom kita semua cuba Resepi Tepung Gomak yang telah dikongsikan oleh  Puan Tahrunnisah Jali. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung pulut.
  • Sedikit garam.
  • 2/3 cawan air.

Cara untuk membuatkan asas tepung gomak:

  1. Campurkan tepung pulut, garam kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan.
  2. Adunan mestilah tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
  3. Bulatkan adunan ini sebesar 2x dari onde-onde buah melaka.

Bahan yang diperlukan untuk membuat inti Kelapa Manis:

  • 1 biji kelapa parut.
  • 1 biji gula melaka.
  • 3/4 cawan gula pasir.
  • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dengan sedikit air.
  • Daun pandan yang telah disimpul.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak gula melaka bersama 3/4 cawan gula pasir, daun pandan dengan sedikit air.
  2. Masak sehingga gula melaka hancur kemudian tapiskan air gula tadi.
  3. Masukkan kelapa parut tadi. Masak sekejap diatas dapur. Agak-agak dah kering baru masukkan bancuhan tepung gandum.
  4. Masak sehingga adunan tadi menjadi lembap. Bila dah siap, sejukkan.
Baca juga :  Rindu tak makanan ni? Jom la kita buat lempeng Pisang Berinti Kelapa Parut. Pasti mengamit kenangan waktu kecil anda.

Cara untuk membuat Kuih Tepung Gomak:

  1. Bulat-bulatkan inti kelapa tadi. Kemudian 1 cawan kacang hijau dibersihkan dan digoreng sebentar. Jangan bagi hangit tau. Sangai sekejap je.
  2. Kemudian barulah dikisar kacang ni sampai hancur. Tapis dan ayak untuk menjadikannya seperti serbuk tepung untuk tepung gomak. Baki lebihan tepung kacang hijau tadi boleh disimpan.
  3. Masukkan inti kelapa yang dibulatkan kedalam adunan tepung dan bulatkan. Sementara itu panaskan air
    rebus adunan ini.
  4. Rebus sehingga nampak ianya terapung barulah diangkat dan toskan airnya.
  5. Salutkan adunan yang telah direbus tadi dengan tepung kacang hijau telah siap diayak tadi.
  6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Nestum Kelapa. Mudah dah paling disukai oleh kita semua. Cubalah!

Related posts:

2 thoughts on “Cara untuk membuat Kuih Popular Malaysia iaitu Tepung Gomak. Sedap sampai taknak berkongsi dengan yang lain.

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.