Resepi cakoi sukatan cawan tanpa yis. Doakan sis murah rezeki okay. Dalam gambar nampak banyak sebab saya buat 2 adunan. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Syaz Amira. Selamat mencuba semua.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 cawan tepung gandum.
- 3/4 cawan air.
- 3 sudu kecil baking powder.
- 2 sudu kecil baking soda.
- 1 sudu besar gula.
- Secubit garam.
- Minyak sedikit.
Cara-cara membuatnya:
- Ayak tepung gandum,baking soda, baking powder. Bila dah ayak, masukkan gula, garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai tak melekat dekat tangan.
- Bila adunan dah licin, sapu minyak sedikit dan masukkan dalam bekas atau plastik. Peram dalam peti ais anda selama sejam.
- Selepas sejam, keluarkan doh dan biaran ianya pada suhu bilik, dan boleh terus uli.
- goreng dengan minyak panas.
- Cara cara nak bentukkan cakoi boleh tengok gambar.
Resepi kaya pandan sukatan cawan:
- 4 helai daun pandan.
- 1 cawan air.
- Tepung kastard 2 sudu besar.
- Santan 1 cawan.
- Susu pekat 5 sudu besar.
- Sedikit pewarna hijau.
Cara-cara membuatnya:
- Kisar daun pandan dengan 1 cawan air. Tapiskan.
- Masukkan bahan-bahan lain, dengan daun pandan yang dah ditapis dah masak atas api kecil sampai pekat.
Siap untuk dimakan bersama kuih cakoi anda tadi. Selamat mencuba.