Cara untuk membuat Spaghetti Buttermilk super sedap dan senang disediakan!

Salam kawan-kawan semua, harini saya nak share cara buat spaghetti buttermilk. Kalau beli kat kedai kat tempat saya harga lebih kurang RM10 satu portion. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Maryam Nabilah ini. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan:

  • Rebus spaghetti dan toskan.
  • Ayam salut dalam tepung bestari dan goreng rangup.

Bahan untuk Kuah buttermilk:

  • Butter.
  • Daun kari.
  • Bawang putih.
  • Bawang holland.
  • Cili 3 biji, kalau nak pedas lagi boleh tambah.
  • Blackpepper.
  • Susu cair/cooking cream.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan butter dan tumis daun kari bawang putih bawang holland dan cili sampai naik bau.
  2. Masukkan susu cair/cooking cream kacau kacau agak agak mendidih masukkan spaghetti dan blackpepper.
  3. Kacau kacau sampai hampir kering baru masukkan ayam dan gaul.
Baca juga :  Cara untuk membuat Jemput-jemput Roti yang Lembut dan sangat mudah disediakan.

Siap, sedap sangat. Kanak-kanak suka makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.