Mudahnya untuk membuat Pizza. Hanya guna Roti Gardenia dan jadi pizza sedap!

Mudahnya untuk membuat Pizza. Hanya guna Roti Gardenia dan jadi pizza sedap! Resepi ini telah dikongsikan oleh Page Daily Makan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 keping roti.
  • 3 keping cheddar cheese. Lebih pun boleh. Lagi sedap.
  • 3 biji telur ayam.
  • 1/2 cawan susu segar.
  • Bawang holland dan Tomato secukupnya.
  • Bahan Topping seperti daging kisar, crabstick, hotdog dan lain-lain yang anda suka.
  • Mozarella cheese secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Carik dan koyakkan roti kita kecil-kecik kemudian letakkan kepingan cheese diatasnya. Boleh guna pakai loyang 4 segi dan potong roti bentuk 4 segi kecil-kecil.
  2. Masukkan bancuhan telur ayam dan susu yang telah dikacau sebati bersama. Tambah sedikit mixed herb jika ada.
  3. Kemudian, letakkan topping kesukaan anda bahagian atas sekali.
  4. Akhir sekali, taburkan mozzarella cheese kemudian bakar dalam oven dalam 5 hingga 8 minit menggunakan suhu 150 darjah dengan api atas dan bawah. Kalau nak lagi garing, bakar lama sikit.
  5. Dah siap. Selamat menjamu selera.
Baca juga :  Cara membuat Nugget Homemade Tempura

Sedapkan. Pasti anda puas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.