Cara untuk membuat Kek Pisang Gebu Gebas hanya guna Blender sahaja. Resepi puas hati!

Hari ni test resepi kek pisang. Pakai blender je. Rezeki orang bagi pisang, kita buat & sedekah pada jiran-jiran. Resepi ini telah dikongsikan oleh Aliah Yahaya Alia dan sumber resepi dari Puan Noraini Sulaiman. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan gula pasir (boleh adjust sendiri tahap kemanisan).
  • 1 cawan minyak jagung/ minyak masak.
  • 4 biji telur.
  • 8 biji pisang emas (saya guna pisang berangan dalam 5-6 biji).
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil baking soda.
  • Sedikit garam (saya tambah).

Cara – cara membuatnya:

  1. Panaskan oven 10-15 minit suhu 160-170°c.
  2. Campur tepung gandum, baking powder & baking soda. Ayak dan asingkan.
  3. Sediakan blender (pengisar). Masukkan telur, gula & garam. Blend hingga kembang.
  4. Masukkan minyak dan blend lagi. Kemudian, masukkan pisang dan blend halus. Off blender dan asingkan bahan ini dalam 1 mangkuk besar.
  5. Ambil tepung diayak tadi, masukkan sedikit demi sedikit dalam bahan yang di blend tadi. Gaul sebati dan jangan lebih-lebih gaul ye. Asal sebati je.
  6. Lenserkan/sapu loyang dengan sedikit majerin dan lapik baking paper. Bakar pada suhu 160-170°c selama 45 hingga 50 minit ikut oven masing-masing. Dah siap.
Baca juga :  Cara membuat Kek Pisang Coklat Kukus yang gebu teramat sangat. Rasanya memang terbaik!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.