Kudapan minum petang untuk anda. Cekodok Stick!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat kudapan minum petang. Senang je nak buat. Lagipun bahan-bahan yang diperlukan mudah untuk dijumpai dan murah. Terima kasih kepada Azni Achik. Selamat mencuba.

Kudapan untuk minum petang. Cekodok stick. Jom la kita ngap. Sedap, rangup di luar tapi lembut di dalam.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan air*.
  • 1 ketul kiub pati ayam*.
  • 2 sudu besar minyak masak*.
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa*.
  • Sedikit serbuk kunyit*.
  • 2 cawan tepung gandum.

Bahan-bahan di bawah pula perlu didadu halus ya:

  • 1 batang sosej.
  • 1 pokok daun sup.
  • 3 tangkai cili kering yang dibuang biji.
  • 2 hiris carrot.
  • 2 biji bawang merah.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk. Masakkannya sehingga mendidih. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacaukan dengan senduk kayu Bila dah nampak adunan menjadi berketul-ketul tutupkan api.
  2. Sambung kacau lagi, sehingga adunan tadi menjadi doh. Ala-ala macam nak buat creampuff. Keluarkan doh cekodok tadi dan masukkan ke dalam bekas yang lain.
  3. Gaulkan dengan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi dan gaul sebati. Agak liat sedikit ye. Gaul ala kadar je. Bila doh dah suam-suam, boleh pegang dengan tangan dan boleh uli sekejap nak bagi bahan-bahan yang didadu masuk dalam doh je.
  4. Bulat-bulatkan doh kepada 3 bahagian. Sediakan alas untuk meggelek adunan dan sekeping plastik untuk alas bahagian atas doh.
  5. Ambil seketul doh dan lapik plastik atas doh tu. Gelekkkan sehingga leper. Jangan nipis sangat.
  6. Potong dan kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat. Potong memanjang, kemudian gentel atau gelek dengan kedua-dua belah jari sehingga jadi macam keropok lekor.
  7. Ulang sehingga doh yang berbaki habis. Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Apabila minyak dah betul-betul panas. Gorengkan sehingga masak.
  8. Akhir sekali, angkat dan toskan minyak kemudian sedia dimakan panas-panas bersama kopi O kaw.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sarapan yang mudah. Cekodok Pisang Rangup diluar dan lembut didalam.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.