Resepi dan cara untuk membuat Kari Udang bersama bendi. Padu, power dan sedap!

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kari Udang bersama bendi. Padu, power dan sedap! Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah untuk resepi ini.

Kalau dah makan Kari, papadom dan sambal belacan jangan lupa kalau ade lebihan kuahnya jangan dibuang. Petang menyicah bersama roti tidak kira roti gardenia, roti jala ataupun roti canai.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bendi 10-12 batang.
  • Udang 300 gram bersaiz sederhana.
  • Daun kari 2 batang.
  • Serbuk Kari ikan 3 sudu besar.
  • Tomato 1 biji dibelah 4.
  • Bawang besar ½ biji dihiris.
  • Bawang putih 3 ulas ditumbuk.
  • Halia 2 cm ditumbuk.
  • Cili merah 1 batang.
  • Cili hijau 1 batang.
  • Air asam jawa 2 sudu besar.
  • Air 300 – 400 liter.
  • Santan ½ kotak kecil.
  • Garam dan Serbuk perasa.
  • Minyak masak.
Baca juga :  Resepi Air Asam Pencicah yang Sangat sedap. Apa jua hidangan pasti laku bila digandingkan bersama air asam ini. Cubalah!

Campurkan rempah Kari dengan air untuk dijadikan sebagai paste.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan daun kari dan bawang merah. Masak sehingga keperangan.
  3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak. Perlahankan API dapur dan masak rempah dengan betul. Apabila rempah sudah masak, masukkan asam jawa dan Gaul sebati kemudian biarkan sebentar.
  4. Masukkan udang dan biarkan ianya masak seketika. Kemudian masukkan santan yang telah dibancuh dengan air serta perasakan garam dan serbuk perasa.
  5. Akhir sekali, masukkan bendi, tomato, cili merah dan cili hijau. Biarkan merenih sekejap hingga masak. Apabila sudah masak, tutup api dan taburkan daun ketumbar.
Baca juga :  Cara membuat Mee (Bihun) Siam Goreng Singapore. Keenanakan dalam setiap suapan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.