Cara untuk membuat Cucur Montok Gebu Jagung bersama Sayur yang sangat disukai seisi keluarga.

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat cucur montok. Keluarga saya kalau dah suka, cucur ni sat ja habis.Sedapppp!


Di dalam lembut di luar garing. Gebus gebas sangat. Terima kasih kepada Puan Julia Aleen Aireish kerana berkongsi resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan air panas mendidih.
  • 1/2 batang lobak merah diracik halus.
  • 1 tongkol jangung diambil biji jagung sahaja.
  • 1 pokok daun bawang dihiris halus.
  • 1 pokok daun sup dihiris halus.
  • 1/2 biji bawang holland dipotong halus & diracik.
  • 1 1/2 kiub ayam / kiub ikan bilis.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan di dalam bekas kecuali air panas. Gaul rata dahulu bahan-bahan.
  2. Masukkan sedikit-sedikit air panas ikut kesesuaian, sambil mengacau sebati (hati-hati ye air tu panas). Bancuh jangan lembik.
  3. Panaskan minyak secukupnya, basahkan tapak tangan jemput bancuhan dan bulat-bulatkan goreng hingga masak kekuningan.
  4. Angkat dan toskan minyak, sedia dinikmati bersama dengan sos cili, sambal atau colek kuah kari pekat.
Baca juga :  Resepi Nasi Minyak Sunquick yang wangi dan tersangat sedap. Cubalah!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.