Cara untuk membuat Cucur Jagung yang Rangup

Kalau ada resepi ni semua tak mau makan nasi nak makan cucur jagung pulak. Makan panas-panas sedap sangat la. Rangup kat luaq lembut ja kat dalam. Jagung pulak fresh isi manis sugguh. Yang nak try tengok resepi kat bawah ni ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ana Mariana Ismail. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Isi jagung yang dihiris.
  • Tepung gandum.
  • Cili blend.
  • Udang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar.
  • Bawang besar dihiris.
  • Serbuk kunyit + serbuk ikan bilis.
  • Garam + gula secukup rasa.
  • Telur ayam sebiji.
  • Air suam.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Puteri Ayu Cheese yang menjadi rebutan anak-anak anda nanti.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan tepung gandum. Agak-agak padan dengan bahan-bahan yang lain ya bersama-sama isi jagung, bawang besar yang telah dihiris, udang (nak guna ikan bilis pun boleh) serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sikit, cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh ikut selera sendiri) dan telur ayam sebiji.
  2. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Masuk air sikit-sikit agak-agak senang kita nak jemput guna tangan ya.
  3. Pastu goreng cucur guna minyak banyak api sederhana ya.
  4. Bila siap digoreng, makan cicah dengn sos cili memang sedap. Selamat mencuba ya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Chiffon Krim Jagung Manis. Gebu, mudah dibuat dan sangat sedap tau.

#CucurJagungMeletop
#DariDapurAna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.