Cara untuk membuat Chicken Roasted / Ayam Bakar paling mudah tapi sedap. Cubalah.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 ekor ayam (dicuci bersih dan tak dipotong).
- 1 biji bawang merah besar.
- 6 ulas bawang putih.
- 1 sudu lada hitam (yang biji).
- 1 inci halia.
- 2 sudu sos tiram.
- 2 sudu sos cili.
- 4 sudu kicap manis adabi.
- 2 sudu kicap masin adabi.
- Garam dan gula secukup rasa.
- Hiasan: Potato potong 4 dan carrot.
Cara penyediaannya:
- Blenderkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Kemudian tuang ke dalam ayam dan tambah bahan lain iaitu sos tiram, sos cili, garam, gula.
- Gaul sebati dan tambahkan kicap manis adabi dan kicap masin adabi. Perapkan selama 30 minit nak bagi bahan menyerap ke dalam ayam.
- Letakkan ayam ke dalam tray pembakar. Cheyah ikat kaki ayam sikit tak nak bagi kangkang. Hehe
- Letakkan potato dan carrot tadi. Tuangkan air lebihan perapan ayam dan bakar selama 50 minit (suhu 180°c) bergantung pada oven masing-masing.
- Dah siap! Sedia untuk dihidang.