Oven sis rosak. Sis teringin nak buat biskut. Jadi sis cuba pakai kuali je. Wowww cantik kejadian. Sis buat biskut bunga Cina yang dulu-dulu punya. Biskut bunga Cina guna 3 bahan je. Cubalah!
Resepi biskut ini telah dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamat. Selamat mencuba.’
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 paket tepung jagung 350 gm.
- 1/2 cawan susu pekat manis.
- 1 cawan Planta.
Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung uli manja dengan tangan je. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung. Hiasan terpulang pada masing-masing. Sis guna acuan pecah 14.
Cara bakar biskut raya atas dapur gas:
- Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
- Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
- Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 mini, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
- Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
- Sukatan masa membakar ikut jenis biskut . contoh biskut bunga cina ambil 15minit / sehingga kekuningan.
- Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!