Cara untuk membuat Kuih Semperit Cheese Padu! Setiap gigitan pasti cair didalam mulut.

Kebas dah jari jemari memicit. Penangan Semperit Cheese Meletop ni. Kalau makan memang tak boleh berhenti. Ranggup dan cair dalam mulut. Boleh buat koleksi biskut raya nanti.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norislinah Mahfar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gram butter. Saya pakai butter tatura.
  • 50 gram Cream Cheese Tatura.
  • 1/3 cawan gula kastor.
  • 160 gram tepung kastad.
  • 40 gram tepung jagung.
  • 1 sudu besar tepung beras.
  • 240 gram tepung red rose.
  • Cheddar cheese untuk diparut di atas semperit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pancake Dorayaki yang sedap elok gebu untuk anda cuba.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul butter, Cream cheese & gula hingga sebati. Pukul guna senduk je.
  2. Masukkan semua tepung uli menjadi doh lembut. Doh jangan lembik sangat jangan keras sangat agak-agak tekan tak sakit jari.
  3. Masukkan ke dalam acuan samperit kemudian tekan doh dan parut cheese ke atas biskut.
  4. Bakar pada suhu 150°C menggunakan api atas dan bawah selama 20 hingga 25 minit sehingga garing.

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.