Cara untuk membuat Lasagna Roti yang sangat padu dan mengenyangkan. Selamat mencuba!

Petang nie first time buat lasagna. Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan… Sedap dan tak payah susah-susah pakai kepingan lasagna, kita guna roti keping tu ja. Resepi ini telah dikongsikan oleh Shah Shatry.

Bahan-bahannya:

  • 12 keping roti.
  • 1 biji bawang besar dicincang.
  • 3 ulas bawang putih dicincang.
  • 300gm daging/ayam cincang.
  • 4 sudu sos tomato.
  • 4 sudu sos cili.
  • 4 sudu sos lada hitam.
  • 1 cekak daun sup dihiris.
  • 1 biji cili besar dihiris.
  • 3 biji telur ayam.
  • 200ml susu segar.
  • 8 keping keju slice.
  • 1 cawan keju mozzarella diparut.
  • Garam, gula & serbuk perasa.

Cara-cara untuk membuat Inti Daging:

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang-bawang tersebut sehingga kekuningan & naik bau. Masukkan daging & masak sehingga daging empuk.
  2. Masukkan segala jenis sos & sedikit air. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa.
  3. Masukkan daun sup & cili dan masak sehingga daging masak dan kering. Angkat inti daging & sejukkan dan ketepikan seketika.
Baca juga :  Cara untuk membuat Jus Nenas yang sangat sedap dan menyegarkan. Pasti tak cukup secawan!

Cara untuk membuat lasagna:

  1. Sapukan keseluruhan loyang dgn marjerin @ mentega. Pukul telur & susu sehingga sebati.
  2. Celup roti ke dalam adunan susu tadi & susun ke dalam loyang sehingga penuh. Tuang separuh inti ke atas roti & ratakan.
  3. Susun kepingan keju slice ke atas inti daging tadi. Ulangi langkah mencelup & susun roti tadi serta tambah lagi satu lapisan inti.
  4. Akhir sekali, taburkan parutan keju mozzarella di atas lapisan paling atas sekali. Jika ada lebihan bancuhan telur, siram di atas lapisan roti paling atas tadi.
  5. Bakar pada suhu 180°C selama 40 minit @ sehingga masak. Bila bahagian atas nampak keperang-perangan boleh la angkat. Sedap di makan panas-panas.
Baca juga :  Resepi sarapan pagi yang mudah. Cara untuk membuat Roti Puri yang menyelerakan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.