Cara untuk membuat Baby Cakoi yang comel. Gebu dan terbaik dimakan bersama Sos Pandan Custard! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Khadijah. Terima kasih dan selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 1/2 cawan tepung gandum.
- 1 sudu teh yis.
- 1 sudu teh gula halus.
- 1/2 sudu teh garam.
- 250 gm air suam.
Cara-Cara membuatnya:
- Masukkan air suam, yis, gula dan gaul hingga sebati.
- Masukkan tepung dan garam dan gaul sebati lagi sehingga menjadi doh. Rehatkan doh selama 30 minit.
- Selepas rehat, gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit.
- Sedia untuk dicanai dan goreng dengan minyak penuh sehingga garing.
Bahan-bahan untuk sos Pandan Kastard:
- 18 gm tepung gandum.
- 35gm gula halus.
- 150 santan KARA.
- 70 gm air.
- 1 biji kuning telur.
- 1 tsp perisa pandan.
- 1 tsp pewarna pandan.
Cara-cara membuat sos:
- Masukkan kuning telur dan gula kemudian gaulkan sehingga gula sedikit larut.
- Seterunsya masukkan tepung dan gaul hingga rata. Panaskan santan dan air hingga mendidih.
- Campurkan santan ke dalam bancuhan telur sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
- Masak diatas api hingga pekat. Bila dah puas hati boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.