Cara membuat Ayam Masak Ungkep Versi Makanan Sihat

Lea orang jawa tau. Jadi bila masak ungkep mana boleh tengok aje kan, haruslah makan hahahah. Tapi Lea pilih jalan selamat sikit la. Lea nak kongsi cara Lea nikmati ayam ungkep tanpa rasa bersalah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Solehah Marman. Terima kasih.

Bahan Tumis Ayam Ungkep:

  • Biji ketumbar (rendam sampai kembang then toskan).
  • Bawang besar.
  • Bawang putih.
  • Kunyit hidup.
  • Halia.
  • blend kan semuanya.
  • Serbuk lada putih/sulah.
  • Serai.

Cara-cara membuatnya:

  1. Bumbu ungkep tu Lea masak dulu sampai pecah minyak. Lepas tu ambil 2 sudu besar masuk dalam bekas lain. Kemudian gaulkan dengan isi ayam. Perasakan dengan garam sikit, gaul rata lagi pastu perap dalam sejam gitu baru lah pan fry kan dia.
  2. Lea memang suka garing-garing gitu. Itu Lea standby sesiap dengan Lea punya last meal. Carbs ikut lah, nak makan nasi juga atau wrap pun macam best kan.
  3. MasyaAllahh nikmat sangat-sangat, macam makan satay pun iye rasa dia. Less oil less calorie but yet delicous wah speaking jawa terus ha. Korang try buat tau nanti. Sape kata jaga makan tak boleh makan sedap-sedap memang nak kena cubit hahaha. Uit, cakap dekat diri sendiri ke tuuu.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Nugget Nasi Isi Ayam yang menyelerakan.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.