Cara untuk membuat Ayam Goreng rangup berjus. Menu kegemaran semua terutamanya anak anda.

Permintaan anak bujang. Apa lagi kalau tak menu ayam dia. Hari ni ayam, esok ayam, tulat ayam. Ini kali mama goreng aje ayam macam tu. Alhamdulillah elok aje isi ayamnya dalam lembut luarnya crispy. Cubalah ya.

Resepi ini adalah kepunyaan Puan Julia Aleen Aireish. Terima kasih. Semoga mendapat manfaat buat kita semua.

Bahan-bahan untuk perapan:

  • 1 ekor ayam – dipotong.
  • 1 cawan tepung bestari – spicy/ori.
  • 1/2 cawan air.

Bahan untuk salutan kering:

  • 3 cawan tepung bestari.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan tepung jagung.
  • 1 cawan nestum original.
  • 1 sudu makan herb oregano kering – optional.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ayam cuci bersih toskan dahulu, kemudian perap dengan bahan perapan selama 2 jam.
  2. Satukan semua bahan salutan kering, kacau sekata.
  3. Panaskan minyak banyak, ambil ayam salutkan dengan sempurna goreng tenggelam di dalam minyak panas. Goreng hingga masak dan garing guna api jangan kuat.
  4. Angkat dan toskan minyak, sedia dinikmati colek dengan cili sos.
Baca juga :  Suka Makan Kulit Ayam Goreng Tapi Risau Lemak? Jom Cuba Kulit Ayam Crispy Guna Telur Sahaja!

Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.