Cara untuk membuat Asam Pedas Ikan Tenggiri. Tengok gambar je pun dah kecur air liur.

Hubby Mohd Sniper memancing dapat ikan tenggiri. Jadi wife masak harini Asam pedas tenggiri sebagai menu utama. Jom la kita buat bersama. Terima kasih Puan Anyss Mohd Auranyss kerana berkongsi resepi ini.



Bahan Basah yang diperlukan:

  • Ikan Tenggiri 4-5 ketul.
  • Daun Kesum 8 helai / pelepah.
  • Air Asam Jawa Semangkuk Kecil.
  • Lada hitam ditumbuk halus, atau pakai yang dalam botol.
  • Baby tomato.
  • bunga kantan 1/2 ambil bunga je.

Bahan-bahan kisar:

  • *Cili kering 10 batang.
  • *Bawang besar 2 biji.
  • *Bawang putih 3 ulas.
  • *Kunyit hidup 3 cm.
  • *Belacan sebesar kiub ayam.
  • Daun kesum 4 helai/pelepah.
  • Garam. Saya guna garam himalaya 1/2 sudu teh.
  • Gula perang 1/2 sudu makan.
  • gula putih 1/4 sudu makan.
  • Serbuk perasa 1/4 sudu teh.

Masukkan air kemudian kisarkan kesemua bahan yang bertanda * sehingga lumat.

Baca juga :  Cara untuk membuat Asam Pedas Padu Ikan Pari. Rasa sekali pasti tak cukup nanti!



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan lada hitam 2 sudu makan.
  2. Masukkan bahan kisar tadi dan masak sehingga naik minyak dan pekat.
  3. Masukkan air asam jawa 1 mangkuk kecil. Kemudian masukkan baby tomato, bunga kantan dan seterusnya ikan tenggiri.
  4. Kemudian, masukkan pula daun kesum 4 helai/pelepah,  garam himalaya 1/2 sudu teh, gula perang 1/2 sudu makan, gula putih 1/4 sudu makan dan serbuk perasa 1/4sudu teh.
  5. Reneh dan masak asam pedas kita tadi sampai mendidih. Bila dah puas hati semua rasa dah seimbang, tutupkan api.
  6. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama yang tersayang. Selamat mencuba.
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.