Cara untuk membuat Agar-agar susu kotak. Mudah dan enak serta penyejuk tekak yang sangat padu! Terima kasih kepada Puan Ain’nie Rahman kerana berkongsi resepi mudah ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 liter air kotak perasa coklat / strawbery mengikut jenis kesukaan anda.
- Gula 3 sudu.
- 1 pek agar-agar serbuk. Ambil yang warna clear. Kalau tak ada yang warna pun boleh guna.
Cara-cara membuatnya:
- Masukkan kesemua bahan dan didihkan. Bila dah mendidih kacau supaya semua bahan sebati.
- Lepas tu gunting kotak susu tu comel-comel sikit. Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik seketika baru masukkan kedalam peti sejuk bahagian bawah bukan kat beku.
- Kalau boleh 1 malam baru elok beku. Kalau 1 jam 2 jam tak sempat beku sebab ni kotak besar.
Makan sejuk-sejuk sedap. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.