Nasi Minyak Kampung, Resipi Orang Lama Ini Ternyata Lebih Beraroma

Ia merupakan hidangan istimewa kepada rakyat Malaysia yang merupakan simbol rasmi keraian dan kegembiraan. Oleh sebab itu, hidangan ini sering dijumpai ketika kenduri. Banyak resipi yang dikongsikan di media sosial sampaikan ramai yang cuba membuatnya sendiri di rumah.

Mazliza Ahmad juga tak ketinggalan untuk berkongsikan resipi Nasi Minyak Kampung di Facebook. Anak-anaknya cukup menyukainya!

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras basmathi (saya guna jasmin basmathi pusa gold).
  • 5 pot air (1 pot diguna untuk kisar dengan bawang goreng).
  • 2 sudu makan planta (nak guna minyak sapi pun boleh).
  • Rempah 3 serangkai (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga).
  • 1 rempah sup bunjut Adabi
  • 1 genggam bawang goreng (kisar dengan air).
  • Garam dan perasa.
  • 1 sudu makan kismis.
  • 1 biji bawang besar*.
  • 3 ulas bawang putih*.
  • 1/2 inci halia*.

Cara-cara:

  1. Kisar bahan bertanda (*), panaskan periuk nasi, kemudian masukkan planta.
  2. Tumis rempah 3 serangkai.
  3. Masukkan bahan kisar, rempah sup bunjut, kismis, garam dan perasa.
  4. Masukkan juga bawang goreng yang sudah dikisar dengan 1 pot air.
  5. Masukkan beras dan 4 pot air, kemudian tutup periuk nasi dan biarkan sehingga masak.
  6. Apabila sudah masak, kaiskn dengan garfu untuk mengelakkan nasi menjadi patah-patah. Siap untuk dihidang!
Baca juga :  Cara Membuat Nasi Briyani dengan Mudah Menggunakan Perencah Briyani Maggi

Hidangan ini sangat enak dimakan ketika masih panas lagi bersama lauk Ayam Masak Merah, dalca dan acar. Apalah salahnya sekali-sekala nak buat hidangan istimewa untuk seisi keluarga. Selepas ini tak perlulah tunggu ada jemputan kenduri lagi.

Selamat mencuba! Sumber: Mazliza Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.