Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat. Jadi kali ni Roazura Bahari nak kongsikan bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
- Potong 2 cili kering dan rebus.
- Selepas rebus sejukkan dahulu cili kering tadi dan buang biji . Kemudian masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
- Tambah garam kasar, minyak masak, air kosong dan air perahan asam jawa. Sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili kering yang digunakan. Air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
- Kemudian kisarkan sehingga halus dan anda berpuas hati. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. Bila nak guna baru keluarkan dari peti.
Cili kisar ni tahan 3 bulan. Masa nak masak nanti just sesuaikan jer dengan bahan-bahan masakan yang lain. Selamat mencuba.