Popia sira buat bekal kudap-kudap untuk suami bawak belayar. Resepi olahan saya iaitu Afiz Azura, zaman bujang dulu memang rajin buat jual. Buat tambah duit poket.
Selamat mencuba Popia sira cara saya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Sepeket kulit popia (50 helai)
Cara membuat Popia Gunting:
- Gulung-gulung kulut popia tadi kemudian gunting serong.
- Kemudian, gorengkan kulit popia hingga garing dan masak.
Bahan-bahan untuk membuat sambal sira:
- 5 sudu besar cili boh / cili kisar.
- 6 sudu besar sos cili thai.
- 5 sudu besar minyak masak.
- 6 sudu besar gula.
- Daun kari secukupnya.
- Biji bijan yang telah disangai.
Cara-cara membuatnya:
- Campurkan semua bahan sekali.
- Kemudian, masak di atas api perlahan sehingga berbuih dan pekat. Masukkan popia dan gaul sekata. Suka manis tambah gula tapi jangan banyak sangat sebab nanti bila dah sejuk popia akan keras melekat antara satu sama lain.
- Siap dah untuk dijadikan kudapan seisi keluarga.
Selamat mencuba.