Cara untuk membuat Pancake lembut dan Gebu sebagai sarapan anda sekeluarga!

Assalamualaikum. Petang ni kami kudapan menu omputeh sikit. Jadi saya nak kongsikan cara untuk membuat Pancake lembut dan Gebu sebagai kudapan petang anda. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Arm Ika. Terimak kasih.

Bahan-bahan A:

  • 1 biji telur ayam.
  • 3 atau 4 sudu besar gula.
  • 2 sudu besar minyak.
  • 1/2 cawan susu cair.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.

Kisarkan atau whish dengan tangan kesemua bahan diatas sehingga gula melarut.

Bahan-bahan B:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu kecil baking powder.

Cara-caranya:

  1. Ayakkan bahan B, kemudian tuangkan bahan A yang telah siap di blend ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Saya tambahkan sesudu madu dalam adunan.
  2. Kemudian, boleh tuang atas pan atau pemanggang ajaib sesenduk adunan. JANGAN ratakan biar je dia gerak sendiri.
  3. Gunakan api sederhana je. Bila dah nampak pancake tu lubang-lubang kat bahagian atas baru terbalikkan okey.
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Basque Burn Cheesecake dengan hanya mengguna Air Fryer sahaja!

Selamat mencuba. Boleh dicicah bersama madu, susu pekat ataupun coklat cair.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.