Cara membuat Tauhu Begedil

Tauhu begedil dah menjadi makanan yang boleh didapati dimana-mana sahaja. Ramai yang menjualnya sama ada di pasar-pasar mahupun dijual diatas talian. Namun bagi anda yang rajin, mungkin anda boleh membuatnya sendiri. Kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuat tauhu begedil ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut:

  • Tauhu goreng 20 biji yang telah dikeluarkn isi dalamnya.
  • Daging Burger Ramly yang telah dihancurkan.
  • 6 biji ubi kentang yang telah dipotong dan direbus sehingga lembut.
  • Daun sup yang telah diracik.
  • Daun bawang yang telah diracik.
  • Cili api / padi / melaka sebanyak 3 biji (diracik).

Cara untuk menyediakanya pula adalah seperti berikut:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging sehingga masak. Ambil daging sahaja. Lebihan minyak dibuang.
  2. Gaulkan daging burger tadi bersama ubi kentang, daun sup, daun bawang, cili padi / api / melaka sehingga sebati.
  3. Perasakan bahan adunan tadi dengan lada putih, Maggi cukup rasa dan garam secukupnya.
  4. Sumbatkan bahan diatas kedalam tauhu goreng tersebut sehingga abes kesema tauhu yang anda ada.
  5. Pukul 2 biji telur dan culupkan tauhu  yang telah disumbat dengan bahan adunan kemudian gorengkan di dalam minyak yang panas.
Baca juga :  Resepi Mee Rebus Utara. Kesedapan kuahnya yang pekat padu memang tidak dapat dinafikan lagi!

Untuk membuat Sambal Kicap pula, ini bahan yang perlu ada:

  • *10 tangkai cili kering.
  • *15 biji cili padi / api / melaka.
  • * 3 ulas bawang putih.
  • klicap manis.
  • Sos tiram.

Caranya untuk membuat sambal kicap adalah seperti langkah dibawah ini.

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng kesemua yang bertanda *. Biarkan sejuk sebentar.
  2. Masukkan kedalam blender dan kisar bahan yang telah digoreng tadi sehingga halus. Minyak gorengan tadi dibuang dahulu sebelum dikisar.
  3. Tambahkan kicap manis dengan sedikit air kemudian sambung kisar.
  4. Guna lebihan minyak goreng tadi untuk masak kesemua bahan kisar. Letak sos tiram, kicap manis, gula, Maggi cukup rasa, sedikit garam dan biarkan ianya mendidih.
  5. Bancuh 2 sudu tepung jagung kemudian tuangkan ke dalam sambal tadi untuk bagi sos menjadi pekat. Masak sehingga keluar buih dan tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama tauhu begedil tadi.
Baca juga :  Resepi Sotong Sumbat Masak Merah yang sangat menyelerakan dan sedap tak terkata.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.