Cara membuat Kuey Teow Kungfu yang ringkas dan sedap

Kueteow ni salah satu menu wajib order kalau makan kat kedai. Harini ada lebihan buat kueteow goreng semalam, jadi cheyah berkungfukan dia untuk lunch.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 mangkuk kuey teow.
  • 1 biji telur gred B.
  • 1 ketul ayam potong dadu.
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1/4 bawang holland potong memanjang.
  • 1 pohon lobak.
  • 1/4 batang lobak potong memanjang.
  • 1 biji babycorn potong memanjang.
  • 2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air.
  • 1 cawan air putih.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Sedikit minyak untuk menggoreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pepes Ikan yang sedap. Berebut dengan anak sebab sedap sangat.

Cara penyediaannya:

  1. Pecahkan telur ke dalam kie teow dan masukkan secubit garam. Panaskan kuali dan goreng kueteow sehingga garing (bergantung nak tahap mana).
  2. Tumis bawang putih. Masukkan ayam dan tambahkan air putih. Masukkan serbuk perasa garam dan gula secukup rasa.
  3. Kemudian, boleh masukkan sayur kita tadi. Kacau sebati tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau bagi sebati dan bila likat tutup api.
  4. Cuahkan ke atas kueteow tadi. Makan bersama cili potong kicap ataupun sambal kicap.

Selamat mencuba!

Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Char Kuey Teow yang sedap dah terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.