Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kerabu Pucuk Paku, Taugeh dan Kerang sebagai pembuka selera anda semasa berbuka nanti. Selamat mencuba.
Ini bahan-bahannya:
- 250 gram taugeh, 500 gram isi kerang dan pucuk paku yang telah dicelur.
- Sedikit belacan ditumbuk.
- 2 biji cili merah juga ditumbuk.
- 10 biji cili padi juga ditumbuk.
- 2 biji limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
- 1 biji bawang besar dan dihiris.
- 2 sudu besar kerisik.
Cara membuatnya:
- Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan hiris dan bahan-bahan tumbuk dalam mangkuk. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
- Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian digaulĀ sebati sekali lagi.
- Siap dan bolehlah dihidangkan.