Cara membuat Kek Pisang Chocolate Moist

Selamat tengahari semua. Kami nak kongsikan pula Resepi Kek Pisang Coklat Moist PKP Gerenti Jadi yang memang sedap dan mudah untuk dibuat. Apa lagi, selamat mencuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan pisang yang telah dilecek.
  • 2 biji telur ayam.
  • 3/4 cawan minyak masak.
  • 1 cawan gula perang.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • 1/2 cawan serbuk koko.

Masukkan kesemua bahan-bahan di atas kedalam bekas dan kacau hingga sebati guna hand mixer. Kemudian, baru masukkan bahan dibawah ini;

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan chocolate chip.

Caranya mudah sahaja. Bakar semua bahan dan adunan tadi pada suhu 170 darjah selama 40 minit. Pastikan guna cawan yang sama untuk sukat bahan ya. Kalau tak nanti kek tak jadi saya tak tau eh hehe.

Baca juga :  Resepi Roti Kopi Ala-ala Paparoti. Rangup-rangup lembut dengan rasa mentega!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ct Nurul Jannah melalui Facebook Masak Apa Hari IniSelamat mencuba uols.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.