Resepi dan Cara untuk Membuat Kek Oren

Asal raya je buat kek oren. Asal kek oren je, raya. Hehehe ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak. Cuba lah, bau semerbak tak menahan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (tambahkan air untuk genapkan secawan).
  • 3 sudu teh pati sunquick.
  • 1 1/2 cawan gula.
  • 4 biji telur.
  • 1 cawan minyak.
  • Sedikit garam.
  • Bahan Kering:
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu teh baking powder

Cara untuk membuatnya:

  • Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
  • Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor.
  • Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
  • Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
  • Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
  • Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang.
  • Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Kurma yang gebu gebas

Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nieza Nor Hamira melalui Facebook Menu Apa Hari Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.