Resepi dan Cara untuk Membuat Pizza dengan Mudah

Lepas tutup kedai lapar pula anak-anak. Kedai semua tutup pukul 12 malam kan? Nak order pizza pun dah tutup. Meh kita buat sendiri.

Senang jer. Bahan-bahan gunalah apa yang ada didapur tu. Nak topping apa pun boleh ikut selera Masing-masing. Untuk hasilkan 2 pizza size 11 inci dan 12 inci doh pizza.

Bahan A:

  • Sepeket yis direndam dalam air suam bersama 1 sudu kecil gula kastor. Air separuh gelas. Tunggu sehingga buih keluar.

Bahan B dalam bekas lain:

  • 500 gram tepung high protein. Guna tepung biasa pun boleh juga tapi tekstur tak sama tau.
  • 2 sudu besar butter. Marjerin pun boleh jer.
  • 1 sudu shortening.
  • 2 sudu besar gula kastor.
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • Secubit garam.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Kulit Pizza yang boleh disimpan frozen. Gebu dan lembut.

Bahan C:

  • Serbuk cheese bancuh.
  • Cheese mozzarella parut.
  • Sos Prego.
  • Beef / Chicken Pepperoni / Sosej / Crab stick. Ikut mana yang suka.¬†Saya guna bahan-bahan yang ada jer.

Cara untuk membuatnya:

  1. Bila buih yis dah naik Bahan (A). Masukkn dalam bekas Bahan (B). Gaul semua dan uli sehingga doh tak melekat di tangan dan sebati. Rehatkan doh dalam 15 minit.
  2. Bila doh dah mula mengembang, tumbuk-tumbuk dan bahagikan kepada 2.
  3. Leperkan pada pan / loyang dan alas kertas minyak kalau tak nak melekat. Cucuk-cucuk guna garfu doh yang dah dileperkan dan letakkan Bahan (C).
  4. Sapu sos cheese yang dibancuh. Letak Sos Prego, Cheese Mozzarella dan semua bahan-bahan yang anda suka. Akhir sekali tabur semula Cheese Mozzarella untuk lekatkan semua bahan-bahan tadi.
  5. Bakar pada suhu 190 darjah selama 15 hingga 20 minit. siap untuk dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Chocolate Lava Cupcake

Selamat mencuba. Memang gebu gebas ala-ala Pizzahut tau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mumtaz Azza. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.