Cara membuat Kek Buah (Fruit Cake)

Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Fruit Cake / Kek Buah (Bakar). Selamat mencuba.

Gunakan Loyang bersaiz 20-22 cm ya. Kalau takde boleh guna apa yang korang ada.

Bahan A:

  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali).
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak).
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak).
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis – optional.
  • 125 ml jus oren

Bahan B:

  • 250 g mentega.
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang).
  • 250 ml susu cair.
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar).
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup.
  • Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang – optional.

Cara-cara:

  1. Bahan B: Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A: Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka.
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Baca juga :  Resepi Honey Butter Biscuit (Muffin) Ala-Ala Texas Chicken. Rangup diluar namun lembut gebu didalam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.