Resepi Bihun Sup Tumis Darat. Sedap tak terkata rupanya sup tumis darat ni. Jom cuba!

Kami nak kongsikan kepada anda resepi Bihun Sup Tumis Darat. Sedap tak terkata rupanya sup tumis darat ni. Jom cuba! Saya sertakan resepi kat sini yang telah dikongsikan oleh Puan Teratak Eja. Terima kasih.

Bahan untuk kuah sup tumis darat:

Dalam periuk perlu ada,

  • Sekilo daging potong besar-besar.
  • 2 inci halia.
  • 1 inci Lengkuas.
  • 3 biji bawang merah dimayang.
  • 10 biji bawang putih.
  • Rempah bunjut sup tulang.
  • Air secukupnya.

Masak macam biasa sampai daging empuk. Guna api perlahan je. Reneh sup sampai daging cukup masak. Boleh letak garam, aji, asam keping dan cukup rasa.

Baca juga :  Resepi ringkas dan terlajak sedap. Nasi Goreng Cili Kering untuk anda

Bahan untuk tumis darat pula:

  • Minyak untuk menumis.
  • 3 biji bawang merah mayang.
  • 1 labu bawang putih mayang.
  • 4 sekawan, yg ni dah ada dalam rempah sup tulang tu. Amik je tumis sekali dengan bawang nanti.

Goreng sehingga warna perang. Angkat dan masukkan dalam periuk berisi daging tadi. Dah siap, Bihun tu kita celurkan seketika dan bolehlah dihidangkan dengan aksesori tambahan yang lain. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.