Macamni rupanya nak buat Megi Kari Anda lebih sedap dari biasa!

Hujan sejak pagi tadi, ni baru jer reda tapi masih mendung lagi di bumi JB. Tiba-tiba teringin nak makan maggie kari tumis. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Satu bungkus maggie kari.
  • 2 biji telur.
  • Seulas bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 2 biji cili padi.
  • Sebiji cili besar.
  • Sepokok sawi.
  • 2 cawan air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk cili padi bersama bawang merah, bawang putih. Kemudian tumbuk sekali dengan perencah maggie kari tu.
  2. Panaskan minyak dan tumis rencah hingga garing kemudian masukkan air mengikut nak banyak mana korang letak.
  3. Bila dah mendidih masukkan maggie mee dengan telur. Akhir sekali masukkan sayur sawi atau boleh masukkan sayur apa-apa yang korang suka.
  4. Kacau seketika tutup api dan dah siap. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Apam Mekar Sunquick. Simple tanpa menggunakan ovalet!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.