Menjadi masakan tradisi orang Teochew, resipi ayam kukus masak taucu pedas ini sangatlah mudah dan cepat untuk disiapkan. Hanya dengan menggunakan dua langkah iaitu menggaul bahan-bahan berkenaan pada ayam dan kukus.
Bahan-bahan:
- 6 ketul ayam bahagian paha dan betis – Bersihkan dan potong kecil.
- 1 biji bawang holland (dicincang).
- 1 labu bawang putih (dicincang).
- 6 cili merah (dicincang) – Jika mahu pedas boleh gantikan dengan cili api.
- 1 sudu besar taucu.
- 1 sudu besar gula perang- Boleh ganti gula putih.
- 4 sudu besar kicap cair.
- 1 sudu besar minyak bijan.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam.
- Sedikit lada sulah.
- 1 batang daun bawang (dihiris).
Cara penyediaan:
- Gaul sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ke dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
- Kukus ayam tanpa tambah air. Selepas dikukus, air ayam akan memenuhi dulang.
- Hiris halus batang daun bawang dan masukkan ke dalam hidangan sekitar 30 minit selepas dikukus dan kembali kukus sehingga masak (sekitar masa tambahan 10 minit).
- Siap untuk dihidang.
Tak perlu tambah garam kerana rasa kicap sudah masin. Mudah bukan? Senang, ringkas dan yang penting sihat tanpa minyak.