Resepi Terung John yang sedap dan enak. Mereka yang nak diet rendah karbo boleh cuba menu ini!

Nak share resepi roti john guna bun terung / Terung John, juga untuk peminat terung terutama yang nak diet/makan rendah karbo.
Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Noorul Izzah Marzuki. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 biji terung panjang dipotong memanjang.
  • 1 homemade beef patty/daging burger.
  • 3 biji telur.
  • Garam pink himalaya.
  • Serbuk black pepper.
  • Sedikit daun ketumbar.
  • Sayuran/kubis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Terung Berlada Ikan Bilis Garing. Mudah dan Pantas disediakan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
  2. Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi/ Nak letak apa-apa rempah atau serbuk kari pun boleh je dan Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, grillkan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
  4. Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
  5. Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Baca juga :  Cara membuat Sambal Sotong Kembang / Kering

Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.