Ayam Masak Habang dari Sunda ni Sedap lain macam. Lengkap rasa manis pedas berempah yang lain daripada yang lain!

Ayam Masak Habang ni merupakan hidangan Sunda. Saya belek-belek majalah lama dan jumpa resepi ni. Rasanya manis pedas berempah. Jom cuba resepi oleh Majalah Rasa dan dikongsikan oleh Puan Amanina Matali. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg ayam dipotong kecil dan digoreng dulu.
  • Sedikit garam.
  • 3 sudu gula melaka. Saya pakai gula apong.
  • 1 sudu asam jawa untuk dapatkan airnya.
  • Minyak untuk goreng dan tumis secukupnya.

Bahan rempah tumis:

  • 1 cm kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga cengkih.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 1 kuntum bunga lawang.
Baca juga :  Resepi Paru Goreng Garing terbaik untuk anda. Sesuai dimakan begitu sahaja.

Bahan kisar (kisar sehalus-halusnya):

  • 12 tangkai cili kering (tak pedas).
  • 1 biji bawang besar.
  • 5 ulas bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 2 cm halia.
  • 2 batang serai.

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan gula melaka secukupnya. Kacau hingga ayam kecut dan tambah sikit air jika perlu.
  3. Masak sampai ayam empuk, kuah pekat dan timbul minyak.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Ikan Siakap masak 3 Rasa. Menu kegemaran semua yang mudah disediakan!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.