Cara-cara untuk membuat Ayam Masak Halia. Sedap sangat sambil-sambil boleh buang angin dalam badan! Terima kasih diucapkan kepada Puan Akma Abdullah kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.
Bahan-baham yang diperlukan adalah:
- Ayam seekor.
- Halia 3 inci dihiris panjang.
- Bawang kecik 5 biji dihiris.
- Bawang putih 4 ulas dihiris.
- Bawang besar 2 biji dihiris bulat.
- Sos tiram 4 sudu.
- Kicap lemak manis 4 sudu atau agak-agak je nak bagi kuah warna hitam sikit.
- Cili padi secukupnya.
- Lada hitam sedikit.
- Asam keping, Garam dan Gula secukupnya.
Cara untuk memasaknya:
- Ayam yang telah dibersihkan dilumur bersama dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam tadi dan ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang yang dihiris tadi.
- Kemudian, masukkan sos tiram dengan kicap dan masukkan sedikit air untuk kuah.
- Bila dah mendidih masukkan ayam goreng, bawang besar, gula, asam keping, lada hitam dan garam.
- Seimbangkan rasanya mengikut selera anda dan dah siap.
Selamat mencuba.