Cara untuk membuat Kuih Apam Mekar Sunquick. Simple tanpa menggunakan ovalet!

Dah buat macam-macam dengan pati sunquick tak juga habis-habis. Air sunquick sampai ke air vitagen pun dah buat. Hari ni buat apam mekar simple tanpa ovalet pula. Sedap sangat. Anda semua kena cuba ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norfazida Gda. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung naik sendiri atau 2 cawan tepung gandum ditambah 2 sudu kecil baking powder (diayak).
  • 1 biji telur ayam.
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh tambah).
  • 3/4 cawan susu cair/segar.
  • 1/4 cawan minyak jagung/masak.
  • 1 1/2sb sunquick.
  • Sedikit pewarna oren.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Putar telur dan gula hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan susu cair/segar, putar sebentar. Masukkan sunquick, putar lagi. Masukkan minyak, putar lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar hingga sebati. Bahagikan kepada dua bahagian, letakkan pewarna oren pada satu bahagian dan kacau sebati.
  4. Panaskan pengukus. Susun papercup di dalam acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan adunan berwarna dan putih mengikut kreativiti masing-masing sehingga hampir penuh papercup.
  5. Bila air kukusan telah betul-betul mendidih, kukus adunan dengan api paling kuat selama 30 minit. Pastikan penutup kukusan dibalut atau bahagian atas kukusan diletakkan aluminum foil. Siap!
Baca juga :  Cara membuat Biskut Sarang Semut. Boleh la berlatih buat sempena raya akan datang ni.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.