Cara-cara untuk membuat Popia Vietnam bersama kuahnya pencicahnya yang enak!

Assalam semua. Saya nak sedekahkan resepi vietnam spring roll dan resepi sos popia vietnam style saya. InsyaAllah semua cust0mor suka dan cakap sedap. Kena dengan selera kita. Siapa nak buat jualan or makan boleh la ambil. Saya halalkan dunia dan akhirat. Mohon doakan biz saya dan suami semoga dimurahkan rezeki kerana inilah mata pencarian kami. Pemilik resepi ini adalah Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kulit vietnam spring rolls secukupnya.
  • Salad dan Timun batang jepun (hiris panjang).
  • Carrot (hiris panjang) dan Daun pudina.
  • Daun ketumbar.
  • Bihun @ suhun (celur).
  • Udang (celur) dan Crab stick (celur).

Bahan-bahan sos pencicah:

  • Separuh ketul nisan@gula melaka.
  • 5 cawan air.
  • 3-4 sudu besar penuh tepung jagung (kacau dengan sedikit air).
  • 3-4 biji cili api merah dicincang halus.
  • 3 senduk kecil sos plum.
  • 3 senduk kecil sos cili thai.
  • 2 senduk kecil jus limau siam dalam botol.
  • 7-9 sudu besar penuh gula.
  • 2-3 sudu kecil garam.
  • 3 ulas bawang putih cincang halus.
Baca juga :  Resepi Dendeng Daging sedap dan berbaloi untuk dicuba. Musim banyak daging ni jom kita buat!

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepung jagung. Dah mendidih masukkan tepungg jagung. Kacau sehingga pekat.
  2. Rasa masam, masin, manis, pedas. Biar secukup rasa dan seimbang.

Cara-cara menggulung:

  1. Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat. Letakkan salad dahulu sebagai alas, kemudian baru bahan-bahan lain. Akhir sekali baru letak crab stick dan udang.
  2. Gulung seperti gulung popia biasa. Boleh tengok youtube jika tak pandai. Cara gulung macam gulung popia saja. Dah siap dah. Boleh cicah dengan sos kita tadi.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.