Cara untuk membuat Tauhu Telur masak Chinese Style. Sedap tak terkata la! lembut je tauhu tu cair dalam mulut.

Cara untuk membuat Tauhu Telur Chinese Style. Sedap tak terkata la! lembut je tauhu tu cair dalam mulut. Ini antara masakan kesukaan saya tambah-tambah dikala hujan. Hirup kuah makan dengan nasi putih sahaja pun sedap. Sapa suka? Mari nak kongsi resepi.

Langkah 1:

Beli tauhu telur ni dan potong seperti dalam gambar. Kemudian celup dalam tepung jagung dan goreng sehingga bertukar wana. Kemudian ketepikan. (gambar google tauhu telur tu).

Langkah 2:

  • 2-3 ulas bawang putih. Lagi banyak lagi sedap.
  • Minyak bijan atau minyak masak.
  • Air secukupnya.

Tumis bawang putih bersama minyak sehingga bertukar warna kemudian masukan air. Biarkan ia mendidih.

Langkah 3:

Sediakan sebiji telur dan pukul sebati. Apabila air td mendidih baru masukan telur td dan kacau sebati baru dapat tektur telur yang cantik. Pastikan air betul2 mendidih ya!.

Langkah 4:

Boleh masukan apa jua sayur kesukaan kita seperti, karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brocoli dan sebagainya. Selain itu, sapa yang gemar dengan isi ketam boleh carik-carikan dan masuk dalam ni. Memang sedap. Saya buat apa yang ada sahja.

Baca juga :  Jom cuba makanan korea yang sedap ini. Soondubu Jigae ataupun Tofu Beef Stew.

Langkah 5:

Masukan tauhu telur yang digoreng td. Kemudian perasan dengan gula, garam atau serbuk perasa kesukaan anda.

Langkah 6:

Biarkan menggelegak sedikit dan sediakan bancuhan air tepung jagung dan masukan dua ke tiga sudu camca makan air tepung jagung dan masak seketika dah nampak likat tutup api. Jangan masak terlalu lama kerana air tepung jagung ni dia akan melikatkan masakan apabila sejuk. Sedia untuk dihidangkan..

Langkah 7:

Dah masak boleh taburkan daun bawang. Kalau tak ada boleh skip! Masak je apa yang ada janji sedap dan menyelerakan. Selamat mencuba semua! Anak-anak pasti suka masakan begini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Rasyed Kader.

Baca juga :  Resepi Tauhu Bergedil Gebu Gebas Buncit bersama sambal kicap yang padu
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.