Sedapnya Ikan Rebus Selayang Goreng ni. Makan dengan Nasi Panas dan Kicap pun dah cukup tau. Ini cara untuk membuatnya!

Jarang orang makan tak menambah. Bau ikan masa digoreng pun dah menggugat iman. Nak sedapkan ikan rebus ini juga cara cikgu buat.

Lepas rebus, cikgu biar dulu semalaman. Lepas tu goreng bagi garing. Masuk sekali bawang dan cili. Aduh baunya boleh buat kita bertambah dua pinggan nasi. Ahaa Walaupun menu ini ringkas, cikgu tetap akan pastikan hasilnya sentiasa terbaik. Isi ikan mesti pejal dan wangi.

Bahan-bahan dan cara untuk membuatnya:

  1. 10 ekor Ikan selayang / sardin disiang dan dibersih. Susun ikan dalam periuk.
  2. Taburkan 1 sudu besar garam bukit. Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti.
  3. Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
  4. Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
  5. Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
  6. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
  7. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Kentang Penyek Cheese Bakar. Kena buat banyak tau sebab confirm tak cukup sebiji!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.